Thursday, May 15, 2025
Ilmoore dan GenQ: Inovasi Telaga Biru Digital dalam Pendidikan Islam Abad ke-21


Dalam dunia pendidikan yang semakin bergerak pantas ke arah digitalisasi, Telaga Biru Digital tampil sebagai pelopor dalam membentuk masa depan pendidikan Islam yang bukan sahaja berasaskan nilai, tetapi juga bersifat interaktif, menyeronokkan dan berskala global. Menerusi dua produk utamanya, iaitu Ilmoore dan GenQ. Telaga Biru Digital hadir dengan menampilkan penyelesaian pembelajaran digital menyeluruh yang menyasarkan pelajar, guru dan sekolah yang ingin meneroka kaedah pembelajaran lebih efektif dan relevan dengan era kini.
Ilmoore merupakan sebuah platform pembelajaran kendiri yang disusun mengikut silibus serta diperkaya dengan kandungan Islamik dan akademik berkualiti tinggi. Direka khas untuk pelajar dan guru, platform ini menyajikan pengalaman pembelajaran berimpak yang memfokuskan kepada nilai dan keberkesanan. Dengan kandungan yang mudah dicapai dan dilengkapi pelbagai ciri seperti nota digital, video pengajaran, kuiz interaktif dan analitik prestasi menjadikan Ilmoore menjadi penyelesaian ideal dalam menyokong proses PdP secara kendiri mahupun kolaboratif.
Manakala GenQ pula menawarkan pendekatan yang lebih menyeronokkan dan bersifat permainan (game-based) yang sesuai untuk pembelajaran Quran, Bahasa Arab dan ilmu Islam. Platform ini menampilkan beberapa karakter khas menjadikan pembelajaran lebih menarik dan mudah diingati. Dengan pendekatan Adab-Centered, GenQ turut memberi penekanan kepada nilai dan akhlak Islam melalui kandungan yang disusun secara halus tetapi berkesan dalam membentuk peribadi pelajar.
Lebih daripada itu, Telaga Biru Digital turut dalam rangka usaha menaik taraf produk digital khususnya Ilmoore dan GenQ bagi memenuhi keperluan pendidikan agar dapat diintegrasikan dengan perkembangan teknologi semasa.
Kedua-dua platform ini dibina dengan teras yang sama yakni memacu kecemerlangan pendidikan Islam secara global melalui solusi yang menginspirasikan, berskala dan memberdayakan pengguna. Telaga Biru Digital bukan sahaja memenuhi keperluan pasaran pendidikan Islam di Malaysia, malah bersedia untuk berkembang ke peringkat antarabangsa dengan komitmen terhadap inovasi dan nilai.
Dalam landskap Islamic EdTech yang masih belum diteroka secara menyeluruh, kemunculan Ilmoore dan GenQ membawa sinar baharu kepada komuniti Muslim global yang membuktikan bahawa teknologi dan pendidikan mampu berjalan seiring ke arah masa depan yang lebih gemilang.