Logo

Wednesday, June 11, 2025

Pembelajaran Gaya Baharu di PBAKL 2024: ILMOORE Menjadi Pilihan Ibu Bapa & Pelajar

2 Jun 2024 - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 yang berlangsung dari 24 Mei hingga 2 Jun 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) telah menarik lebih 1.25 juta pengunjung dari seluruh negara, menjadikannya antara edisi paling berjaya sejak diperkenalkan. Telaga Biru Digital Sdn Bhd turut mengambil peluang ini untuk terus memperkenalkan platform pembelajaran digital mereka, ILMOORE iaitu singkatan kepada Interactive Learning Media kepada khalayak umum. Selepas pelancaran rasminya pada PBAKL 2023, ILMOORE kini diterima lebih meluas oleh para pelajar, ibu bapa dan pendidik yang mencari kaedah pembelajaran dalam talian yang lebih interaktif, menyeronokkan dan berkesan.

Di reruai ILMOORE, para pengunjung berpeluang melihat sendiri demonstrasi penggunaan platform yang menawarkan pelbagai fitur menarik seperti video pembelajaran interaktif, flashcard, quick notes, kuiz dan latihan. Kesemua ini disusun berasaskan tema utama ILMOORE, iaitu “Fun Learning and Fully Guidance”, yang menggabungkan elemen pembelajaran kendiri yang menyeronokkan dengan panduan tersusun daripada pakar. Menariknya, ILMOORE bukan sahaja menumpukan kepada kandungan akademik semata-mata, malah turut memberi penekanan kepada nilai-nilai Islam dan adab, selaras dengan identiti Telaga Biru sebagai penerbit kandungan pendidikan berteraskan syariah. Semua kandungan dibangunkan oleh guru dan tenaga pengajar bertauliah, serta mengikut sukatan pelajaran rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sambutan pengunjung terhadap booth ILMOORE amat menggalakkan, dengan lebih 5,000 pelawat singgah untuk mencuba platform dan mendapatkan penerangan lanjut. Ramai ibu bapa dan pelajar menyatakan ILMOORE sangat membantu dalam penyediaan menghadapi peperiksaan dan memudahkan ulang kaji secara kendiri. Selain itu, promosi harga langganan yang mampu milik turut menjadi tarikan utama, sekali gus membuktikan bahawa pendidikan berkualiti tidak semestinya mahal.

Berbanding edisi PBAKL 2023 yang menyaksikan pelancaran rasmi ILMOORE, penyertaan dalam PBAKL 2024 menunjukkan peningkatan dari segi penglibatan dan penerimaan masyarakat. Platform ini bukan sahaja dilihat sebagai alat bantu pembelajaran digital, tetapi juga sebagai satu ekosistem lengkap yang berpotensi besar untuk diguna pakai secara meluas di sekolah dan pusat tuisyen. ILMOORE kini berada di landasan kukuh untuk menjadi salah satu penyelesaian utama dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar sekolah rendah dan menengah, sejajar dengan keperluan pendidikan masa kini yang semakin digital dan fleksibel.